Maahad Muhammadi Pasir Pekan telah menerima kunjungan daripada Maahad Rahmaniah Kuala Krai pada hari isnin (22 April 2019) bersamaan (16 Syaaban 1440H). Lawatan ini disertai oleh 89 orang pelajar STAM diiringi oleh 5 orang guru pengiring termasuk Penolong Kanan Kokurikulumnya. Lawatan ini berlangsung selama 3 jam bermula pada 12:00 tengah hari sehingga 3:00 petang. Warga Maahad Muhammadi Pasir Pekan telah memberikan layanan yang terbaik kepada pelajar serta guru-guru pengiring daripada Maahad Rahmaniah sepanjang tempoh lawatan mereka. Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan motivasi daripada pengetua Mmpp iaitu Tuan Haji Pahruddin Karimi Che Mohammad di samping mengenali Mmpp. Setelah selesai motivasi, pengetua Mmpp sendiri telah membawa pelajar-pelajar serta guru-guru pengiring daripada Maahad Rahmaniah untuk bersiar-siar di sekitar Mmpp. Lawatan ini telah mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara Mmpp dengan Maahad Rahmaniah Kuala Krai. Lawatan tersebut telah berlangsung dengan jayanya.
Lawatan Penanda Aras Pelajar STAM 2019 Maahad Rahmaniah Kuala Krai Ke Maahad Muhammadi Pasir Pekan (MMPP)
- Details
- Written by Maahad Muhammadi Pasir Pekan (MMPP)
- Category: Peristiwa/Aktiviti Semasa
- Hits: 389