Maahad,

Kau ibarat syurga kami,

Kau ibarat rumah kami,

Kau tersemat di hati kami,

Abadi ...

 

Tanpamu,

Tiada lagi generasi beriman,

Tiada lagi generasi komitmen,

Tidak ada lagi generasi bersemangat,

Kematian ...

 

Kerana,

Engkaulah yang membina semua elemen

Dalam jati diri ini

Yang dulunya lemah tiada berdaya 

Untuk menghadapi anak duri kehidupan.

 

Kami merasa bertuah

Kerana Allah S.W.T memilih diri kami yang kerdil ini

Untuk menuntut ilmu di sini

Yang mana penuh dengan keimanan dan ketenangan

Sambil menyambil langkah menuju

Kegemilangan dan kecemerlangan

Di dunia dan di akhirat sana ...

 

Maahadku, syukran ...

 

Yang indah itu pertemuan,

Yang manis itu kemesraan.

Yang pahit itu perpisahan,

Yang tinggal itu hanya kenangan ...