Berpandukan kepada Falsafah Pendidikan YIK warga sekolah berpegang kepada :
- Semua pelajar mempunyai kebolehan serta berpotensi dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
- Semua pelajar boleh dibentuk menjadi insan mukminah melalui sistem pendidikan seimbang.
- Semua pelajar akan iltizam untuk beramal soleh, berakhlak mulia dan mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah.
- Usaha gigih yang berterusan dari warga sekolah insyaallah akan membawa kejayaan kepada diri, keluarga, sekolah, masyarakat, agama dan negara.