Kenali Maahad Muhammadi Pasir Pekan
MAAHAD MUHAMMADI (P) PASIR PEKAN
telah ditubuhkan pada tahun 1938. Asal sekolah ini diasaskan oleh
Armahum Tuan Haji Wan Adam bin Haji Wan Abdullah,
anak tempatan Pasir Pekan, seorang tuan guru yang terkenal pada masa itu.
Beberapa tahun kemudian, sekolah ini telah diambil alih oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Penubuhan awal sekolah ini di akhir tahun 1938 dengan nama Madrasah Falahiah Pasir Pekan. Tuan Guru Haji Wan Adam sendiri sebagai guru besarnya. Muridnya seramai lebih kurang 30 orang (satu kelas sahaja).
Apabila Tuan Guru Haji Wan Adam meninggal dunia pada tahun 1957,
Ustaz Haji Wan Mahmood bin Wan Muhamad telah dilantik sebagai Mudir.
Anda adalah pengunjung yang ke
